Nabi Nuh adalah nabi keempat sesudah Adam, Syith dan
Idris dan keturunan kesembilan dari Nabi Adam. Ayahnya adalah Lamik bin
Metusyalih bin
Idris.
Dakwah Nabi Nuh Kepada Kaumnya
Nabi Nuh menerima wahyu kenabian dari
Allah
s.w.t. dalam masa "fatrah" masa kekosongan di antara dua
rasul dimana biasanya manusia secara beransur-ansur melupakan ajaran
agama yang dibawa oleh nabi yang meninggalkan mereka dan kembali
bersyirik meninggalkan amal kebajikan, melakukan kemungkaran dan
kemaksiatan di bawah pimpinan
Iblis laknatullah. Demikianlah maka kaum Nabi Nuh tidak luput dari
proses tersebut, sehingga ketika Nabi Nuh datang di tengah-tengah
mereka, mereka sedang menyembah berhala
iaitu patung-patung yang dibuat oleh tangan-tangan mereka sendiri
disembahnya sebagai tuhan-tuhan yang dapat membawa kebaikan dan manfaat
serta menolak segala kesengsaraan dan
kemalangan. Berhala-berhala yang dipertuhankan dan menurut kepercayaan
mereka mempunyai kekuatan dan kekuasaan ghaib ke atas manusia itu
diberinya nama-nama yang silih berganti menurut kehendak dan selera
kebodohan mereka.Kadang-kadang mereka namakan berhala mereka "Wadd" dan
"Suwa" kadangkala "Yaguts" dan bila sudah bosan digantinya dengan nama
"Yatuq" dan "Nasr".
Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya yang sudah jauh tersesat oleh iblis
laknatullah itu, mengajak mereka meninggalkan syirik dan penyembahan berhala dan kembali kepada tauhid menyembah
Allah s.w.t., Tuhan
sekalian alam melakukan ajaran-ajaran agama yang diwahyukan kepadanya
serta meninggalkan kemungkaran dan kemaksiatan yang diajarkan oleh
Syaitan dan
Iblis laknatullah. Nabi Nuh menarik perhatian kaumnya agar melihat alam
semesta yang diciptakan oleh
Allah s.w.t. berupa langit dengan
matahari, bulan dan bintang-bintang yang menghiasinya, bumi dengan
kekayaan yang ada di atas dan di bawahnya, berupa tumbuh-tumbuhan dan
air yang mengalir yang memberi kenikmatan hidup kepada manusia,
pengantian malam menjadi siang dan sebaliknya yang kesemua itu menjadi
bukti dan tanda nyata akan adanya
ke
Esaan Tuhan
yang harus disembah dan bukan berhala-berhala yang mereka buat dengan
tangan mereka sendiri.Di samping itu Nabi Nuh juga memberitakan kepada
mereka bahwa akan ada gajaran yang akan diterima oleh manusia atas
segala amalannya di dunia iaitu syurga bagi amalan kebajikan dan neraka
bagi segala pelanggaran terhadap perintah agama yang berupa kemungkaran
dan kemaksiatan.
Nabi Nuh yang dikurniakan
Allah s.w.t.
dengan sifat-sifat yang patut dimiliki oleh seorang nabi, fasih dan
tegas dalam kata-katanya, bijaksana dan sabar dalam tindak-tanduknya
melaksanakan tugas risalahnya kepada kaumnya dengan penuh kesabaran dan
kebijaksanaan dengan cara yang lemah lembut mengetuk hati nurani mereka
dan kadang kala dengan kata-kata yang tajam dan nada yang kasar bila
menghadapi
para pembesar kaumnya yang keras kepala yang enggan menerima hujjah dan
dalil-dalil yang dikemukakan kepada mereka yang tidak dapat mereka
membantahnya atau mematahkannya.
Akan tetapi walaupun Nabi Nuh telah berusaha sekuat tanaganya berdakwah
kepda kaumnya dengan segala kebijaksanaan, kecekapan dan kesabaran dan
dalam setiap kesempatan, siang mahupun malam dengan cara berbisik-bisik
atau cara terang dan terbuka
ternyata hanya sedikit sekali dari kaumnya yang dapat menerima dakwahnya
dan mengikuti ajakannya, yang menurut sementara riwayat tidak melebihi
bilangan seratus orang Mereka pun terdiri dari orang-orang yang miskin
berkedudukan sosial lemah. Sedangkan orang yang kaya-raya, berkedudukan
tingi dan terpandang dalam masyarakat, yang merupakan pembesar-pembesar
dan penguasa-penguasa tetap membangkang, tidak mempercayai Nabi Nuh
mengingkari dakwahnya dan sesekali tidak merelakan melepas agamanya dan
kepercayaan mereka terhadap berhala-berhala mereka, bahkan mereka
berusaha dengan mengadakan persekongkolan hendak melumpuhkan dan
mengagalkan usaha dakwah Nabi nuh.
Berkata mereka kepada Nabi Nuh: "Bukankah engkau hanya seorang daripada kami dan tidak berbeda
daripada kami sebagai manusia biasa. Jikalau betul
Allah
s.w.t. akan mengutuskan seorang rasul yang membawa perintah-
Nya, nescaya
Ia akan mengutuskan seorang
malaikat yang patut kami dengarkan kata-katanya dan kami ikuti ajakannya
dan bukan manusia biasa seperti engkau hanya
dapat diikuti orang-orang rendah kedudukan sosialnya seperti para buruh
petani orang-orang yang tidak berpenghasilan yang bagi kami mereka
seperti sampah
masyarakat. Pengikut-pengikutmu itu adalah orang-orang yang tidak
mempunyai daya fikiran dan ketajaman otak, mereka mengikutimu secara
buta tuli tanpa memikirkan dan menimbangkan masak-masak benar atau
tidaknya dakwah dan ajakanmu itu. Cuba agama yang engkau bawa dan ajaran
-ajaran yang engkau sadurkan kepada kami itu betul-betul benar, nescaya
kamilah dulu mengikutimu dan bukannya orang-orang yang mengemis
pengikut-pengikutmu itu.
Kami sebagai pemuka-pemuka masyarakat yang pandai berfikir, memiliki
kecerdasan otak dan pandangan yang luas dan yang dipandang masyarakat
sebagai pemimpin-pemimpinnya, tidaklah
mudah kami menerima ajakanmu dan dakwahmu. Engkau tidak mempunyai
kelebihan di atas kami tentang
soal-soal kemasyarakatan dan pergaulan hidup. Kami jauh lebih pandai dan
lebih mengetahui
daripadamu tentang hal itu semuanya. Anggapan kami terhadapmu, tidak
lain dan tidak bukan, bahawa engkau
adalah pendusta belaka."
Nuh berkata, menjawab ejekan dan olok-olokan kaumnya: "Adakah engkau
mengira
bahawa aku dapat memaksa kamu mengikuti ajaranku atau mengira bahawa aku
mempunyai kekuasaan untuk menjadikan kamu orang-orang yang beriman jika
kamu tetap menolak ajakanku dan tetap membuta-tuli terhadap bukti-bukti
kebenaran dakwahku dan tetap mempertahakan pendirianmu yang tersesat
yang diilhamkan oleh kesombongan dan kecongkakan
kerana kedudukan dan harta-benda yang kamu miliki.Aku hanya seorang
manusia yang
mendapat amanat dan diberi tugas oleh
Allah s.w.t.
untuk menyampaikan risalah-
Nya kepada kamu. Jika kamu tetap berkeras kepala dan tidak mahu kembali ke jalan yang benar dan menerima agama
Allah s.w.t. yang diutuskan-
Nya kepada ku maka terserahlah kepada
Allah s.w.t. untuk menentukan hukuman-
Nya
dan gajaran-
Nya keatas diri kamu. Aku hanya pesuruh dan
rasul-
Nya yang diperintahkan untuk menyampaikan
amanat-
Nya kepada hamba-hamba-
Nya. Dialah yang berkuasa memberi hidayah kepadamu dan mengampuni dosamu atau menurunkan azab dan
seksaan-
Nya di atas kamu sekalian jika
Ia
kehendaki.
Dialah pula yang berkuasa menurunkan seksa
dan azab-nya di dunia atau menangguhkannya sampai hari kemudian.
Dialah
Tuhan pencipta alam semesta ini, Maha Kuasa, Maha
Mengetahui, maha pengasih dan Maha Penyayang.".

Kaum Nuh mengemukakan syarat dengan berkata: "Wahai Nuh! Jika engkau
menghendaki kami mengikutimu dan memberi sokongan dan semangat kepada
kamu dan kepada agama yang engkau bawa, maka jauhkanlah para pengikutmu
yang terdiri dari orang-orang petani, buruh dan hamaba-hamba sahaya itu.
Usirlah mereka dari pengaulanmu
kerana kami tidak dapat bergaul dengan mereka duduk berdampingan dengan
mereka mengikut cara hidup mereka dan bergabung dengan mereka dalam
suatu agama dan kepercayaan. Dan bagaimana kami
dapat menerima satu agama yang menyamaratakan para bangsawan dengan
orang awam, penguasa dan pembesar dengan buruh-buruhnya dan orang kaya
yang berkedudukan dengan orang yang miskin dan papa."
Nabi Nuh menolak pensyaratan kaumnya dan berkata: "Risalah dan agama
yang aku bawa adalah untuk semua orang tiada pengecualian, yang pandai
mahupun yang bodoh, yang kaya mahupun miskin, majikan ataupun buruh
,diantara peguasa dan rakyat biasa semuanya mempunyai kedudukan dan
tempat yang sama
terhadap agama dan hukum
Allah s.w.t..
Andai kata aku memenuhi pensyaratan kamu dan meluluskan keinginanmu
menyingkirkan para pengikutku yang setia itu, maka siapakah yang
dapat ku harapkan akan meneruskan dakwahku kepada orang ramai dan
bagaimana aku sampai hati menjauhkan
daripadaku orang-orang yang telah beriman dan menerima dakwahku dengan
penuh keyakinan dan keikhlasan di kala kamu menolaknya serta
mengingkarinya, orang-orang yang telah membantuku dalam tugasku di kala
kamu menghalangi usahaku dan merintangi dakwahku. Dan bagaimanakah aku
dapat mempertanggungjawabkan tindakan pengusiranku kepada mereka
terhadap
Allah
s.w.t. bila mereka mengadu bahawa aku telah membalas
kesetiaan dan ketaatan mereka dengan sebaliknya semata-mata untuk
memenuhi permintaanmu dan tunduk kepada pensyaratanmu yang tidak wajar
dan tidak
dapat diterima oleh akal dan fikiran yang sihat. Sesungguhnya kamu
adalah orang-orang yang bodoh dan tidak berfikiran sihat.
Pada akhirnya, kerana merasa tidak berdaya lagi mengingkari kebenaran
kata-kata Nabi Nuh dan merasa kehabisan alasan dan hujjah untuk
melanjutkan dialog dengan beliau, maka berkatalah
mereka: "Wahai Nabi Nuh! Kita telah banyak bermujadalah dan berdebat dan
cukup berdialog serta mendengar dakwahmu yang sudah menjemukan itu.
Kami tetap tidak akan mengikutimu dan tidak akan sesekali melepaskan
kepercayaan dan adat-istiadat kami sehingga tidak ada gunanya lagi
engkau mengulang-ulangi dakwah dan ajakanmu dan bertegang lidah dengan
kami.
Datangkanlah apa yang engkau benar-benar orang yang menepati janji dan
kata-katanya. Kami ingin melihat kebenaran kata-katamu dan ancamanmu
dalam
kenyataan kerana kami masih tetap belum mempercayaimu dan tetap
meragukan dakwahmu."
Nabi Nuh Berputus Asa Dari Kaumnya
Nabi Nuh berada di tengah-tengah kaumnya selama
950 tahun berdakwah menyampaikan risalah Allah
s.w.t., mengajak mereka meninggalkan penyembahan berhala dan kembali menyembah dan beribadah kepada
Allah Yang maha Kuasa memimpin
mereka keluar dari jalan yang sesat dan gelap ke jalan yang benar dan
terang, mengajar mereka hukum-hukum syariat dan agama yang diwahyukan
oleh
Allah s.w.t.
kepadanya, mangangkat darjat manusia yang tertindas dan lemah ke tingat
yang sesuai dengan fitrah dan qudratnya dan berusaha menghilangkan
sifat-sifat sombong dan bongkak yang melekat
pada para pembesar kaumnya dan medidik agar mereka berkasih sayang,
tolong-menolong diantara sesama manusia. Akan tetapi dalam waktu yang
cukup lama itu, Nabi Nuh tidak berhasil menyedarkan
dan menarik kaumnya untuk mengikuti dan menerima dakwahnya beriman,
bertauhid dan beribadat kepada
Allah s.w.t.
kecuali sekelompok kecil kaumnya yang tidak mencapai seramai seratus
orang, walaupun ia telah melakukan tugasnya dengan segala
dayausahanya dan sekuat tenaganya dengan penuh kesabaran dan kesulitan
menghadapi penghinaan, ejekan dan cercaan makian kaumnya,
kerana ia mengharapkan akan datang masanya di mana kaumnya akan sedar
diri dan
datang mengakui kebenarannya dan kebenaran dakwahnya. Harapan Nabi Nuh
akan kesedaran kaumnya ternyata makin hari makin berkurangan dan bahawa
sinar iman dan takwa tidak akan menebus ke dalam hati mereka yang telah
tertutup rapat oleh ajaran dan bisikan Iblislaknatullah. Hal mana Nabi
Nuh berupa berfirman
Allah s.w.t.
yang bermaksud:
"Sesungguhnya tidak akan seorang daripada
kaumnya mengikutimu dan beriman kecuali mereka yang telah mengikutimu
dan beriman lebih dahulu, maka
janganlah engkau bersedih hati kerana apa yang mereka perbuatkan."
Dengan penegasan firman Allah
s.w.t. itu, lenyaplah sisa harapan Nabi Nuh dari kaumnya dan habislah kesabarannya. Ia memohon kepada
Allah s.w.t.
agar menurunkan azab-Nya di atas kaumnya yang berkepala batu seraya
berseru: "Ya Allah! Janganlah Engkau
biarkan seorang pun daripada orang-orang kafir itu hidup dan tinggal di atas bumi ini.
Mereka akan berusaha menyesatkan hamba-hamba-Mu, jika
Engkau biarkan mereka tinggal dan
mereka tidak akan melahirkan dan menurunkan selain anak-anak yang
berbuat maksiat dan anak-anak yang kafir
seperti mereka."
Doa Nabi Nuh dikalbulkan oleh
Allah
s.w.t. dan permohonannya diluluskan dan tidak perlu lagi menghiraukan dan mempersoalkan kaumnya,
kerana mereka itu akan menerima hukuman Allah
s.w.t. dengan mati tenggelam.
Nabi Nuh Membuat Kapal

Setelah menerima perintah
Allah
s.w.t. untuk membuat sebuah kapal, segeralah Nabi Nuh
mengumpulkan para pengikutnya dan mulai mereka mengumpulkan
bahan yang diperlukan untuk maksud tersebut, kemudian dengan mengambil
tempat di luar dan agak jauh dari kota dan keramaiannya mereka dengan
rajin dan tekun bekerja siang dan malam menyelesaikan pembinaan kapal
yang diperintahkan itu.
Walaupun Nabi Nuh telah menjauhi kota dan masyarakatnya, agar dapat
bekerja dengan tenang tanpa gangguan bagi menyelesaikan pembinaan
kapalnya namun ia tidak luput dari ejekan dan cemuhan kaumnya yang
kebetulan atau sengaja melalui tempat kerja membina kapal itu. Mereka
mengejek dan
mengolok-olok dengan mengatakan: "Wahai Nuh! Sejak bila engkau telah
menjadi tukang kayu dan pembuat
kapal? Bukankah engkau seorang nabi dan rasul menurut pengakuanmu,
kenapa sekarang menjadi seorang tukang kayu dan pembuat kapal.Dan kapal
yang engkau buat itu di tempat yang jauh dari air ini adalah maksudmu
untuk ditarik oleh kerbau ataukah mengharapkan angin yang ankan menarik
kapalmu ke
laut?" Dan lain-lain kata ejekan yang diterima oleh Nabi Nuh dengan
sikap dingin dan tersenyum seraya
menjawab: "Baiklah tunggu saja saatnya nanti, jika kamu sekarang
mengejek dan mengolok-olok kami maka akan tibalah masanya kelak
bagi kami untuk mengejek kamu dan akan kamu ketahui kelak untuk apa
kapal yang kami siapkan
ini. Tunggulah saatnya azab dan hukuman
Allah s.w.t.
menimpa atas diri kamu."
Setelah selesai pekerjaan pembuatan kapal yang merupakan alat pengangkutan laut pertama di dunia, Nabi Nuh menerima wahyu dari
Allah s.w.t.:
"Siap-siaplah engkau dengan kapalmu, bila tiba perintah-Ku
dan terlihat tanda-tanda darrpada-Ku
maka segeralah angkut bersamamu di dalam kapalmu dan kerabatmu dan
bawalah dua pasang dari setiap jenis makhluk yang ada di atas bumi dan
belayarlah dengan izin-Ku."
Kemudian tercurahlah dari langit dan memancur dari bumi
air yang deras dan dahsyat yang dalam sekelip mata telah menjadi banjir
besar melanda seluruh kota dan desa menggenangi daratan yang rendah
mahupun yang tinggi sampai mencapai puncak bukit-bukit sehingga tiada
tempat berlindung dari air bah yang dahsyat itu kecuali kapal Nabi Nuh
yang telah terisi penuh dengan para orang mukmin dan pasangan makhluk
yang diselamatkan oleh Nabi Nuh atas perintah
Allah s.w.t..

Dengan iringan
"Bismillah majraha wa mursaha"
belayarlah kapal Nabi Nuh dengan lajunya menyusuri lautan
air, menentang angin yang kadang kala lemah lembut dan kadang kala
ganas dan ribut. Di kanan kiri kapal terlihatlah orang-orang kafir
bergelut melawan gelombang air yang menggunung berusaha menyelamat diri
dari cengkaman maut yang sudah sedia menerkam mereka di dalam lipatan
gelombang-gelombang
itu. Tatkala Nabi Nuh berada di atas geladak kapal memperhatikan cuaca
dan melihat-lihat orang-orang kafir dari kaumnya sedang bergelimpangan
di atas permukaan air, tiba-tiba terlihatlah olehnya tubuh putera
sulungnya yang bernama "Kan'aan" timbul tenggelam dipermainkan oleh
gelombang yang tidak menaruh belas kasihan kepada orang-orang yang
sedang menerima hukuman
Allah s.w.t. itu. Pada saat itu,
tanpa disadari, timbullah rasa cinta dan kasih sayang seorang ayah
terhadap putera kandungnya yang berada dalam keadaan cemas menghadapi
maut ditelan gelombang.
Nabi Nuh secara spontan, terdorong oleh suara hati kecilnya berteriak dengan sekuat suaranya memanggil puteranya:
"Wahai anakku! Datanglah kemari dan gabungkan dirimu bersama keluargamu. Bertaubatlah engkau dan berimanlah kepada
Allah s.w.t. agar engkau selamat dan terhindar dari bahaya maut yang engkau menjalani hukuman
Allah s.w.t.." Kan'aan, putera Nabi
Nuh, yang tersesat dan telah terkena racun rayuan syaitan
laknatullah dan hasutan kaumnya yang sombong dan keras kepala itu
menolak dengan keras ajakan dan panggilan ayahnya yang menyayanginya
dengan kata-kata yang
menentang: "Biarkanlah aku dan pergilah, jauhilah aku, aku tidak sudi
berlindung di atas geladak kapalmu aku akan dapat menyelamatkan diriku
sendiri dengan berlindung di atas bukit yang tidak akan dijangkau oleh
air bah ini."
Nuh menjawab: "Percayalah bahawa tempat satu-satunya yang dapat
menyelamatkan engkau ialah bergabung dengan kami di atas kapal ini. Masa
tidak akan ada yang dapat melepaskan diri dari hukuman
Allah s.w.t. yang telah ditimpakan ini kecuali orang-orang yang memperolehi rahmat dan
keampunan-
Nya." Setelah Nabi Nuh
mengucapkan kata-katanya tenggelamlah Kan'aan disambar gelombang yang
ganas dan lenyaplah ia dari pandangan mata ayahnya, tergelincirlah ke
bawah lautan air mengikut kawan-kawannya dan pembesar-pembesar kaumnya
yang durhaka itu.
Nabi Nuh bersedih hati dan berdukacita atas kematian puteranya dalam keadaan kafir tidak beriman dan belum mengenal
Allah s.w.t.. Beliau berkeluh-kesah dan berseru kepada
Allah s.w.t.: "Ya
Tuhanku, sesungguhnya puteraku itu adalah darah dagingku dan adalah bahagian dari keluargaku dan sesungguhnya
janji-
Mu adalah janji benar dan
Engkaulah Maha Hakim yang Maha
Berkuasa." Kepadanya
Allah s.w.t.
berfirman:
"Wahai Nuh! Sesungguhnya dia
puteramu itu tidaklah termasuk keluargamu,
kerana ia telah menyimpang dari ajaranmu, melanggar perintahmu menolak
dakwahmu dan mengikuti jejak orang-orang yang kafir
daripada kaummu.Coretlah namanya dari daftar keluargamu.Hanya mereka
yang telah menerima dakwahmu mengikuti jalanmu dan beriman kepada-Ku
dapat engkau masukkan dan golongkan ke dalam barisan keluargamu yang telah Aku
janjikan perlindungannya
dan terjamin keselamatan jiwanya. Adapun orang-orang yang mengingkari
risalah mu, mendustakan dakwahmu dan telah mengikuti hawa nafsunya dan
tuntutan Iblis, pastilah mereka akan binasa menjalani hukuman yang telah
Aku tentukan
walau mereka berada dipuncak gunung. Maka janganlah engkau sesekali
menanyakan tentang sesuatu yang engkau belum ketahui.
Aku ingatkan janganlah engkau sampai tergolong ke dalam golongan orang-orang yang bodoh."
Nabi Nuh segera sadar setelah menerima teguran dari
Allah
s.w.t. bahawa cinta kasih sayangnya kepada anaknya telah menjadikan ia lupa akan janji dan ancaman
Allah s.w.t. terhadap orang-orang
kafir termasuk puteranya sendiri. Ia sadar bahawa ia tersesat
pada saat ia memanggil puteranya untuk menyelamatkannya dari bencana
banjir yang didorong oleh perasaan naluri darah yang menghubungkannya
dengan puteranya padahal sepatutnya cinta dan taat kepada
Allah s.w.t. harus mendahului cinta kepada keluarga dan harta-benda. Ia sangat sesalkan kelalaian dan kealpaannya itu dan menghadap kepada
Allah s.w.t. memohon ampun dan maghfirahnya dengan
berseru: "Ya Tuhanku aku berlindung kepada-
Mu
dari godaan syaitan yang terlaknat, ampunilah kelalaian dan kealpaanku
sehingga aku menanyakan sesuatu yang aku tidak mengetahuinya. Ya
Tuhanku bila
Engkau tidak memberi ampun dan maghfirah serta menurunkan rahmat bagiku, nescaya aku menjadi orang yang rugi."
Setelah air bah itu mencapai puncak keganasannya dan habis binasalah
kaum Nuh yang kafir dan zalim sesuai dengan kehendak dan hukum
Allah s.w.t., surutlah lautan air diserap bumi kemudian bertambatlah kapal Nuh di atas bukit " Judie " dengan iringan perintah
Allah s.w.t. kepada Nabi Nuh:
"Turunlah wahai Nuh ke darat engkau dan para mukmin yang menyertaimu dengan selamat dilimpahi barakah dan inayah dari sisi-Ku bagimu dan bagi umat yang menyertaimu."
Kisah Nabi Nuh Dalam Al-Quran
Al-Quran menceritakan kisah Nabi Nuh dalam 43 ayat dari
28 surah di antaranya surah Nuh dari ayat 1 sehinga 28, juga dalam surah
"Hud" ayat 27 sehingga 48 yang mengisahkan dialog Nabi Nuh dengan
kaumnya dan perintah pembuatan kapal serta keadaan banjir yang menimpa
di atas mereka.
Pengajaran Dari Kisah Nabi Nuh Alai his salam
Bahawasanya hubungan antara manusia yang terjalin
kerana ikatan persamaan kepercayaan atau penamaan aqidah dan pendirian adalah lebih erat dan lebih berkesan
daripada hubungan yang terjalin kerana ikatan darah atau kelahiran. Kan'aan yang walaupun ia adalah anak kandung Nabi Nuh, oleh
Allah s.w.t.
dikeluarkan dari bilangan keluarga ayahnya karena ia menganut
kepercayaan dan agama berlainan dengan apa yang dianut dan didakwahkan
oleh ayahnya sendiri, bahkan ia berada di pihak yang memusuhi dan
menentangnya.
Maka dalam pengertian inilah dapat difahami firman
Allah
s.w.t. dalam Al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya para mukmin itu adalah bersaudara." Demikian pula hadis
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Tidaklah sempurna iman seseorang kecuali jika ia menyintai saudaranya
yang beriman sebagaimana ia menyintai dirinya
sendiri." Juga peribahasa yang berbunyi: "Adakalanya engkau memperolehi
seorang saudara yang tidak dilahirkan oleh
ibumu."